Friday, May 4, 2012

Selamat Pengantin Baru Scha & Awal!!


"Selamat pengantin baru.." *ambil tisu.. sobsob...

akhirnya setelah di awalkan.. Awal dan Scha selamat menjadi pasangan suami isteri pada 4 mei 2012.. walaupun V nie Gojes mojes sojes mcm Angelina JuLie.. Awal yang V kenal lama dah akhirnya sah menjadi suami Scha.. sobsob.. walaupun Awal x kenal V.. V terima seadanya.. sobsob.. *sila bagi pelempang bg V yg x pernah nak sedar siri.. please... 

walau mcm mna nye pun.. V suka tgok pasangan nie, dari propose Awal kat Scha di dalam Propaganda.. aaww... SO SWEET MUIT KUIT SUIT~ dan etc...kwengkwengkweng

 Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, yg V panggil sebagai Kak Scha*serius, sila bagi pelempang... dengan sekali lafaz selamat di'ijabkabulkan sekitar 9.20 pagi semalam..

 Disaksikan 250 tetamu, rakan2 dan media massa.. selain daripada resepsi yg disusuli pada 6 mei nanti.. siaran langsung okey!!  yang ada Pinggan bergantung kat luar rumah tu beruntung lah sebab dapat tgok siaran secara LIVE nya nanti., yg gantung tulang ikan pulak.. sila bertandang ke rumah jiran, rakan, sahabat andai, bff, gf dan lain2 bagi menyaksikanya sendiri.. okey u ollss!!

Majlis resepsi perkhawinan akan diadakan di PICC, not stand for Pengantin International Center Ceremony okay~ its stand for  Putrajaya International Convention Center.. waahh!! terbelit belit tersembelit lidah V nak sebutnyyee~ VOKE GITEUWW~

Anyway, wish Mr. Awal n Mrs. Awal akan berbahagia sehingga ke anak cucu.. dah dah.. V nak makan nasik minyak kat dapur!! bye!! *ambik tisu...

p/s: Teringat waktu zaman muda2 dahulu.. haiittss...

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia.. Takziah...


"Kau serius ke?? Jangan tipulah!!"

Ya, ini lah ayat yang terkeluar sebaik sahaja housemate V menyatakan Pelakon dan Pelawak terkenal tanah air yang dikenali sebagai Bob kuman, atau nama sebenar Allahyarham, Husni Mohd Rawi meningggal dunia pada 3 mei 2012 semalam.
 
Bagaikan tak percaya, V cuba mencari kesahihan berita tersebut.. Ye lah, khabar angin tenteng kematian ni bukan boleh di bawak bergurau.. ini soal mati hidup seseorang.. Nyawa orang.. Lebih2 lagi orang yg dikenali seperti Arwah.. Hari tu heboh tentang kematian Arwah, sedangkan semuanya tipu dan fitnah semata.. setelah berusaha menyelami alam maya, akhirnya 1 artikel disertai gambar memperlihatkan gambar Arwah yang terlantar di atas katil menjalani CPR..  kelihatan bibir yang kebiruan.. Ya... itu Allahyarham Bob Kuman..
 
Takziah buat keluarga Allahyarham.. 
 
 
 Teringat lagi ketika khabar tentang kematian Arwah dulu, padahal Arwah masih ada lagi.. Terkadang, nak percaya sesuatu tanpa bukti agak susah.. walaubagaimanapun, Arwah tetap di ingati hingga ke akhirnya..
 
 
and u will be "alive" in our heart...We will miss u...

p/s: teringat ketika Arwah berlakon dalam filem Jutawan Fakir..